Written by 12:00 pm Blog Kategori

ASYIK BOS JE BAGI FEEDBACK KAT STAF

Asyik bos je bagi feedback kepada staf-staf. Kita sebagai founder atau manager ni pun pernah buat silap so kita perlu be open utk menerima feedback daripada staf kita juga. 

 

Ini adalah salah satu cara bagaimana kita nak mencari ruang utk memperbaiki diri sendiri as a bos, utk menjadi leader yg bijak dan sentiasa berkembang as a team. Buang jauh-jauh ego kita sebagai bos utk kebaikan syarikat.

 

Memang agak pahit utk kita sebagai bos menelan feedback daripada staf-staf tetapi staf-staf kita juga ada pengalaman sendiri dan pendapat yg bernas.

 

Ni zaman VUCA yg memerlukan banyak perubahan. As a founder, bukan kita sorang je ada skill hebat. Anak-anak muda lagi power, dgn pengetahuan IT nya lagi, dgn adapting to new trend lagi.

 

Tak salah kalau mereka menegur sekiranya cara yg kita guna sekarang sudah tidak relevan dgn situasi dan keadaan semasa. Kalau staf tanya “bos taknak buat marketing viral kat tiktok ke?” jangalah marah kat mereka “ingat aku ni budak2 ke main tiktok?”

 

Bukan itu maksud mereka. Mereka hanya ingin memberi pendapat utk memperbetulkan kita. Pemimpin yg berjaya sentiasa terbuka dgn pelbagai pendapat dari staf dan menerima teguran daripada staf dengan hati terbuka.

(Visited 8 times, 1 visits today)
Close