Kalau bos dah bagi greenlight kepada anda utk memberi feedback terhadap mereka, elakkan utk menyinggung perasaan bos pulak masa nak bagi feedback. Ada cara bagaimana nak tegur bos atau cara nak bagi pendapat kita.
Pertama, kena pilih masa dan tempat yg sesuai. Jgn pulak tiba2 dalam meeting kita cakap “ni salah ni bos” di khalayak ramai. Ia berbunyi seperti destructive feedback bukan constructive feedback. Buat teguran secara private di waktu bos tidak berasa tertekan dan sibuk.
Kedua, kena mulakan dgn menekankan nilai positif bos terlebih dahulu barulah menegur kesalahan bos. Contohnya, mulakan dengan “terima kasih bos bagi peluang pada kami utk menyuarakan pendapat.”
Ketiga, “focus on the behaviour not the person individually”. Kita memberi komen terhadap kelakuan seseorang dan bukan menyerang kelemahan orang lain sebagai manusia biasa. Contohnya “maafkan saya bos, saya berasa saya lebih mudah faham sekiranya bos bagi clear and direct instruction”.
Kena ingat ya, “upward feedback” ni adalah peluang utk kita memperbetulkan syarikat kita. Staf-staf kena peka dengan bahasa yg digunakan walaupun bos dah bagi ruang utk kita memberi komen dan pendapat.






