Written by 12:00 pm Team Performance

NILAI- NILAI TERAS NI MACAM MAGNET

Syarikat anda ada nilai- nilai teras (core values) yang di hayati bersama?

 

Cara nak bina nilai-nilai teras syarikat ni, bukan boleh main petik je dari langit, ada cara nya.

 

Nilai yang sama ni macam magnet, ia boleh menyatukan dan menyelaraskan fokus serta mewujudkan kebersamaan antara pasukan.

 

Ini adalah satu contoh yang sangat simple ibu nak bagi.

 

Kenapa kalau kita jumpa orang Malaysia kat oversea, kita terus excited and boleh borak macam dah kenal lama.

Ini adalah kerana “we share same values”. 

 

Apakah values yg dimaksudkan ibu? Ia datang daripada satu kepercayaan atau adab yang hampir seragam. Kenangan atau kebiasaan yang sama. Semua ini berpunca dari values yang seragam, yang lain dari orang-orang disana. 

 

Kita percaya bahawa mereka minat makanan yang anda minat, kita percaya mereka tahu mana nak makan di kota London. Di situlah trust bermula, apabila berkongsi value yang sama. 

 

Sama macam business. Bila anda mempunyai kumpulan pelanggan yang punyai common values sama seperti core values syarikat anda, secara tak langsung, pelanggan-pelanggan ini akan sentiasa mendekati anda macam magnet.

 

Kenapa orang sanggup ada tattoo Harley Davidson pada lengan mereka? Kerana kumpulan ini nak tunjuk pada orang lain siapa mereka, betul tak?

 

Inilah simbol-simbol yang diguna pakai oleh syarikat yang authentic dan tahu value mereka. Disiplin dan konsistensi membuatkan customer percaya pada mereka sehingga sanggup buat tatto, stiker motor, jaket dan sebagainya. Customer inilah secara langsung telah menyebarkan values syarikat itu melalui logo syarikat kepada orang lain. Kan dah macam marketing agen sukarela yang percuma pula.

 

Kesimpulannya, impak wujudnya nilai-nilai teras yang dibina dengan cara yang betul;

  1. Pasukan kita semakin rapat, selaras dan fokus.
  2. Pelanggan menjadi sangat percaya dan suka pada brand values kita, mereka akan menjadi setia, malah mungkin menjadi Raving Fan kita yang akan bantu canangkan brand kita pada orang lain.

 

Dah bina Core Values?

(Visited 27 times, 1 visits today)
Close