Sayang, adakah kamu benar-benar sedar betapa hebatnya kamu. Kamu tahu tak yang kamu hebat?
Persoalannya, apakah yang kamu percaya?
Adakah kamu percaya bahawa kamu berhak untuk bahagia?
Ibu faham, kita semua mempunyai kisah yang berbeza-beza.
Tapi perlukah masa lampau menentukan masa depan mu?
Jangan biarkan kesedihan masa lalu mu merampas masa depan mu.
Sayang, kita bertanggungjawab terhadap di kita sendiri.
Kita yang bertanggungjawab dengan nasib kita, kehidupan kita, masa depan kita.
Tiada siapa yang boleh merubahnya, melainkan diri kita,
Ikhtiar kita, doa kita dan tawakal kita.
Jangan tunggu sehingga ada manusia ajaib yang akan hadir merubah diri kita.
Kita sendiri yang perlu mengambil langkah itu,
Kuasa di tangan kita, kuasa untuk berubah di tangan kita.
Ibu sendiri melalui kehidupan yang penuh dugaan.
Ibu faham erti kesakitan, kehilangan, kerinduan yang amat pedih.
Ibu sangat faham…
Namun, masa lalu kita hanya hadir untuk mengajar kita agar kita menjadi lebih kuat, lebih tabah, lebih tenang.
Kita kini lebih memahami.
Harungi dengan kesyukuran anak-anakku, dan bangkit dengan lebih perkasa.
Bebaskan diri mu dari belenggu yang telah lama bertakhta di fikiranmu.
Manusia mana yang tidak melalui kesilapan, kesusahan dan kebimbangan.
Selagi kita bernama manusia, kita semua pasti melaluinya.
Apa pula bezanya kita, apa istimewanya kita, sehinggakan semua dalam kehidupan kita begitu sempurna, mustahil…
Ingatlah, kelulusan kita, kekayaan kita, harta kita bukanlah kehidupan kita yang sebenar.
Kehidupan kita adalah kekuatan emosi kita, fikiran kita dan keyakinan kita pada Yang Maha Esa.
Itulah kehidupan..
Yang lainnya hanya mainan.
Persoalannya Ibu tanya lagi,
Adakah kita berhak Bahagia?
Yang menjadikan kita bahagia adalah kita, fikiran kita, emosi kita dan keimanan kita
Kita sahaja yang mampu membahagiakan kita.
Bersihkan fikiran mu, emosi mu dari kepercayaan yang sebaliknya.
Kuatkan iman mu, kita ada Tuhan Yang Satu.
Kini, kau perlu perbaiki apa yang kau percaya terhadap diri mu.
Percayalah kamu unggul, istimewa, cantik dan bijak.
Kuatkan kepercayaan itu,
Dengan kepercayaan itu, tingkahlaku mu akan berubah nanti.
Kau akan jadi lebih positif, tenang dan bahagia.
Kerana hanya kamu yang mampu membahagiakan diri mu.
Dan kamu tak akan izinkan perkara lain membuat kamu tidak bahagia.
Itu pilihan kamu, kamu yang mengawal apa yang kamu mahu fikir atau rasa.
Setiap hari jadilah yang lebih baik dari semalam.
Menjadi wanita, isteri atau anak yang lebih baik, lebih istimewa,
Walaupun disekeling mu bagaikan meroboh semangat mu untuk jadi yang terbaik.
Jangan hiraukan, terus sahaja jadi yang terbaik.
Kita sebenarnya mengharapkan kasih Allah bukan yang lain.
Sayang,
Maafkan yang lalu, dan mulakan yang baru.
Kita masih ada nyawa, ada masa, jadi yang seindah mawar mewangi,
Untuk diri mu.
Kerana kamu WANITA HEBAT!
Percayalah…
(Visited 14 times, 1 visits today)






