Written by 11:40 am Uncategorized

Kelebihan dan kekurangan menggunakan sistem reseller dalam perniagaan

      Kelebihan sistem ejen :

      1. Boleh menjimatkan masa
Pemilik perniagaan dapat menjimatkan lebih banyak kos perbelanjaan apabila mereka merekrut ejen jualan jika dibandingkan dengan mengambil pekerja tetap. Kos overhead yang merupakan kos terbesar merangkumi  gaji pekerja, sewa bangunan, bil-bil dan harta pemilikan syarikat dapat dikurangkan. Tambahan lagi, penjimatan masa berulang-alik ke  tempat kerja serta tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh pemilik dan  pekerja syarikat di sesuatu premis perniagaan dapat dielakkan.

Justeru, penjimatan kos yang banyak ini dapat digunakan untuk melatih ejen-ejen jualan seperti memberikan kursus, bengkel untuk membantu ejen meningkatkan ilmu dan strategi pemasaran serta cara mencapai target jualan yang ditetapkan oleh mereka.

Merekrut ejen dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sebagaimana pengambilan pekerja  yang tetap yang perlu disertai bayaran elaun-elaun seperti faedah kesihatan dan bonus tahunan. Ejen dibayar dengan wang komisyen menurut kebolehan mereka memasarkan produk. Oleh itu, syarikat boleh mengambil seberapa ramai ejen yang dikehendaki bagi memperoleh rangkaian jualan yang lebih luas dan lebih dikenali.

2. Pembelajaran melalui perkongsian
Pembangunan komuniti ejen dalam sesebuah organisasi dapat membantu ejen-ejen yang lain untuk belajar melalui perkongsian masing-masing. Setiap pengalaman ejen menjadi panduan dan teladan kepada ejen lain untuk meningkatkan prestasi kerja mereka dan memberi manfaat serta kebaikan sesama mereka. Mereka juga dapat memberi nasihat dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sesetengah ejen yang buntu dalam menghadapi kerenah pelanggan.

3. Lebih senang untuk direkrut
Proses merekrut ejen lebih senang kerana syarat menjadi seorang ejentidak memerlukan kemahiran tertentu atau tahap akademik yang tinggi.

Ejen-ejen yang menjual produk juga mempunyai kelebihan masa yang fleksibel dan lokasi jualan yang tidak tetap di suatu tempat. Oleh itu, sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjadi ejen sebagai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan bulanan.

Kriteria yang paling penting untuk menjadi seorang ejen adalah untuk sentiasa bersikap ramah terhadap pengguna dan berfikiran terbuka untuk belajar banyak pengetahuan baru dalam bidang ini. Nilai tambahan bagi seorang ejen jualan adalah mereka yang mempunyai pengalaman dalam sektor jualan.

4. Mudah mendekati pelanggan dari pelbagai latar belakang
Kebanyakan ejen yang memilih untuk menjual sesuatu produk mempunyai target pelanggan mereka tersendiri. Statistik dari HubSpot melaporkan 60% daripada pengguna ingin menghubungi seorang ejen jualan apabila sedang mempertimbangkan pilihan produk yang ingin dibelinya. Target pelanggan mereka mungkin terdiri daripada kenalan dari tempat kerja atau jiran-jiran dari kawasan perumahan masing-masing.

Ini akan meningkatkan lagi kepercayaan dan branding produk dengan ramai pelanggan dari pelbagai aspek latar belakang dan akan lebih dikenali orang ramai. Ejen jualan produk akan membina database baru bagi bakal pelanggan dan meningkatkan kredibiliti antara pelanggan-pelanggan sedia ada. Dengan ini, pengetahuan tentang industri pasaran semasa boleh terus dikaji oleh syarikat untuk meningkatkan strategi pemasaran untuk masa akan datang.

5. Dapat memberi fokus kepada pembangunan syarikat
Ahli perniagaan dapat memberi lebih fokus kepada pembangunan syarikat kerana ejen-ejen yang menjual produk mereka banyak membantu syarikat menjadi lebih dikenali orang ramai dan menambah pendapatan syarikat. Kredibiliti ejen-ejen jualan tidak dapat dipertikaikan kerana mereka secara tidak langsung menjadi orang tengah untuk lebih mengenali produk keluaran syarikat dan pengguna mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk membeli dari orang yang mereka kenal dan percayai. Maka, ini membuka jalan untuk syarikat jualan produk tersebut merangka strategi pemasaran berkesan untuk membina lagi kepercayaan pengguna melalui saluran penjualan dan pemasaran yang lain seperti platform sosial dan e-dagang.

Kekurangan sistem ejen :

1. Sukar mengawal tindakan ejen
Setiap ejen jualan mempunyai jadual harian masing-masing maka agak sukar untuk memantau prestasi kerja mereka. Selain itu, agak sukar untuk memastikan setiap ejen mempunyai semangat tinggi untuk memastikan target jualan harian atau mingguan tercapai. Syarikat yang mengeluarkan produk semestinya mahukan produktiviti dan kecekapan yang tinggi dari ejen-ejen mereka.

Ejen yang direkrut juga perlu mempunyai personaliti yang dapat menarik minat pelanggan. Kajian (forbes) pada tahun 2012 menyatakan bahawa 55% daripada bekerja di sektor jualan kekurangan empati dan semangat untuk mencapai target mereka. Oleh itu, penting untuk merekrut orang yang betul untuk mewakili produk keluaran syarikat.

2. Kualiti pelaksanaan
Ejen-ejen jualan produk tidak semestinya mempunyai pengetahuan tinggi untuk memastikan kualiti produk atau servis terjamin. Mereka memerlukan latihan dari syarikat untuk memahami setiap prosedur dan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila berinteraksi dengan pelanggan.

Statistik dari PWC (2018) menyatakan 86% daripada pengguna bersedia untuk membayar lebih untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik. Oleh itu, pelaksanaan kualiti dari setiap aspek penting supaya pelanggan tidak kecewa dan beralih ke produk jualan pesaing.

3. Strategi jualan berbeza
Setiap ejen akan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menjual produk dan bukan semua strategi jualan sesuai dengan identiti syarikat yang mungkin boleh menjejaskan reputasi syarikat.

Agak sukar untuk membuat pemantauan ke atas setiap ejen apabila ejen dan pihak syarikat kurang berkomunikasi untuk memastikan kaedah yang terbaik digunakan untuk mendekati pengguna.

4. Pelanggan yang tidak sesuai
Ejen-ejen yang tidak mendapat panduan yang jelas juga boleh menyebabkan ejen-ejen ini menjual produk kepada pengguna yang tidak begitu sesuai dengan customer avatar syarikat. Ada kalanya, ejen-ejen ini mempromosikan produk mereka kepada para pelanggan yang menganggap produk tersebut terlalu mahal atau terlalu murah. Ada kalanya juga, terdapat pelanggan yang terlalu susah untuk diyakini untuk membeli sebarang produk kerana mereka lebih yakin membeli produk di pasaraya.

5. Kefahaman yang tidak jelas
Kefahaman yang tidak menyeluruh akan sesuatu produk memberi kesan kepada syarikat dan pengguna kerana salah faham yang diwujudkan oleh ejen jualan. Pengguna mungkin akan mendapat informasi yang salah daripada ejen mengenai sesuatu produk dan menyalahkan syarikat pengeluar produk tersebut. Sumber statistik dari DnbLattice menerangkan bahawa 42% daripada ejen jualan tidak mempunyai informasi yang menyeluruh sebelum membuat panggilan kepada pelanggan. Ini agak merisaukan kerana ejen boleh terlepas peluang depan mata jika perkara seperti ini berlaku.

Rujukan :
https://www.grin.com/document/356430 https://marketanalyzer.mystrikingly.com/blog/the-advantages-and[1]disadvantages of-the-agentcy
https://cadexport.com/en/sales-agents-advantages/ https://smallbusiness.chron.com/advantages-disadvantages-learned[1]unlearned-employees-35731.html
https://www.nibusinessinfo.co.uk/content/advantages-and-disadvantages[1]using-commercial-agents

(Visited 6 times, 1 visits today)
Close