Ni bukan zaman-zaman dulu bos silang kaki atas meja bagi arahan ikut sukahati dan pekerja tidak diberikan hak utk bersuara mengikut kesesuaian.
Zaman tu dah lapuk dan akan memakan diri. Kita telah melalui zaman VUCA, perubahan yg sangat cepat, ketara dan sukar kita ramal. Dulu pernah terfikir tak yg kita akan berniaga kat tiktok dan ianya boleh buat duit? Langsung tak kan?
Sebabtu ibu kata, zaman dulu dan sekarang jauh berbeza so kena tukarlah style kepimpinan kita. Semua level berhak memimpin di atas bidang kerja dan kesesuaian skop kerja masing-masing. Takdalah bos sahaja yg pening nak fikir syarikat perlu buat apa.
Kepimpinan asalah utk semua lapisan dalam sesebuah organisasi dan bukan terhad pada pihak atasan sahaja. Kalau nak selamatkan syarikat, kena tanamkan budaya “kepimpinan is at all level”.
HR people juga boleh memimpin dengan menerangkan kepada staf-staf bagaimana nak ambil cuti sakit dengan betul, betulkan mereka sekiranya mereka tidak hadir waktu bekerja tanpa alasan dan bertegas sekiranya mereka mengulangi perkara yg sama.
Give other people that power to lead so we can create more leaders. Jadi, bos takpayah nak selalu marah-marah atau fikir banyak sebab pemimpin yg dah dilatih utk menjaga syarikat ni dah ada. Mereka adalah staf-staf kita di semua peringkat, mereka jugalah pemimpin di setiap bidang tugas mereka.