(Visited 18 times, 1 visits today)
Kunci membina kepercayaan pasukan
Written by ibuhanim• June 11, 2021• 9:25 pm• Harnessing High Performing Culture
Membina kepercayaan adalah asas budaya seseorang individu untuk dirinya membina rapport diri. Kurang rasa percaya akan menyebabkan situasi produktiviti pada pasukan kita. Jadi sebagai ketua, kita kena sentiasa menunjukkan tauladan yang baik dan konsisten.
Kunci untuk membina kepercayaan pasukan adalah :
1. Bersangka baik.
Ia adalah perkara penting untuk membina hubungan baik antara majikan dan pasukan. Sangka buruk akan mengakibatkan kita hilang percaya pada pasukan kita.
2. Bersihkan hati.
Ada sebab Allah dekatkan kita dengan staff yang mungkin mempunyai sikap yang buruk atau mempunyai prestasi kerja yang tidak memuaskan. Mungkin ini ujian untuk kita bersihkan hati untuk menjadi pemimpin yang baik. Mereka penyebab untuk kita perbaiki diri kita.
3. Beri latihan tanpa jemu.
Nak bagi team kita jadi hebat bukannya hari ini train, esok dah hebat. Kita kena sabar mendidik mereka, bagi mereka latihan secukupnya. Nak bina team hebat, kita tak boleh putus asa sebab pasukan kita lah yang akan bantu sama-sama naikkan bisnes kita. Ingat tu!
4. Beri peluang kepada mereka.
Beri peluang pada team kita untuk grow. Setiap daripada mereka ada potensi masing-masing. Bila staff grow, company pun akan grow.
5. Benarkan kesilapan berlaku untuk kali pertama, tetapi elakkan lakukan kesalahan yang sama berulang kali. Kesalahan menyebabkan mereka lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu dan lakukan yang terbaik.
6. Dengar dengan empati.
Letakkan kita berada di tempat mereka. Cuba fahami apa yang mereka hadapi dan alami. Sekurang-kurangnya rasa empati itu menunjukkan kita mengambil berat tentang mereka.
7. Bersedia menerima ‘feedback’ sama ada positif ataupun negatif.
Jadilah orang yang bijak pandai serta tenang dalam menerima apa sahaja maklum balas. Pemimpin yang bagus sentiasa mencipta suasana yang selamat agar pasukan tidak takut dalam memberi idea dan pandangan mereka.
Jadi, untuk membina pasukan yang hebat, jaga kepercayaan ahli pasukan kita kerana ia antara pelincir untuk memudahkan urusan kita dengan pasukan.
Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, ialah Presiden Annems Leadership Solution Sdn Bhd.
20 CIRI CIRI PEMIMPIN EFEKTIF April 28, 2024
MEMIMPIN DALAM RECESSION April 25, 2023
Apakah itu VUCA? August 12, 2020
DUA JENIS PEKERJA YANG KITA HIRE April 21, 2023
SEKIRANYA NAK PENGIKUT JADI HEBAT, PEMIMPIN KENA… April 24, 2023
20 CIRI CIRI PEMIMPIN EFEKTIF April 28, 2024
MEMIMPIN DALAM RECESSION April 25, 2023
Apakah itu VUCA? August 12, 2020
DUA JENIS PEKERJA YANG KITA HIRE April 21, 2023
SEKIRANYA NAK PENGIKUT JADI HEBAT, PEMIMPIN KENA… April 24, 2023
PEOPLE LEAVE BAD BOSSES April 10, 2023
20 CIRI CIRI PEMIMPIN EFEKTIF April 28, 2024
MEMIMPIN DALAM RECESSION April 25, 2023
Apakah itu VUCA? August 12, 2020
DUA JENIS PEKERJA YANG KITA HIRE April 21, 2023
SEKIRANYA NAK PENGIKUT JADI HEBAT, PEMIMPIN KENA… April 24, 2023