Written by 12:00 pm Leadership

Lead By Example

Selalu tak dengar “lead by example”, “walk the talk”, “a leader with integrity” yang  disebut-sebut oleh pakar kempimpinan, motivational speaker, business coach?

 

Beri impak ke semua tu dalam bisnes?

 

YES, “A huge impact”.

 

Ibu selalu berpesan bahawa teknik kepimpinan boleh menjatuhkan syarikat atau membangunkan syarikat anda. You decide.

 

Bila anda memimpin melalui teladan dan lakukan apa yang anda perkatakan, ia akan mewujudkan kepercayaan antara staf dan pemimpin kerana pemimpin yang mempuyai integriti yang tinggi akan menunjukkan tindakan yang konsisten dengan kata-kata mereka. 

 

Ia akan meletakkan standard kepada staf-staf untuk mencontohi tingkah laku dan prestasi yang baik. Kalau pemimpin pun takberani nak berkomunikasi dengan pelanggan, mcm mana nak expect staf boleh berkomunikasi dengan baik? 

 

Marah kat staff sebab sepatutnya sign on pukul 9 pagi tapi datang kerja pukul 9:10 pagi walhal bos pun datang pukul 10 pagi. Ini tidak menunjukkan integriti, tapi ini lebih menunjukkan kuasa seorang bos.  Mcm mana nak capai standard kalau kita pun tak lakukan apa yang terbaik untuk syarikat kita?

 

Memimpin melalui teladan ditunjukkan apabila seorang pemimpin sentiasa jujur dalam menjaga amanah pekerja dan kebajikan mereka, then barulah pekerja akan menjaga prestasi syarikat. Integriti berlaku apabila seseorang itu bertindak seperti apa yang diperkatakan. 

 

Jika seorang pemimpin mempunyai integriti dan memimpin melalui teladan, ia boleh menghasilkan kesan positif kepada pekerja seperti peningkatan penglibatan pekerja, motivasi, produktiviti, serta peningkatan semangat pekerja.

(Visited 39 times, 1 visits today)
Close