Written by 4:30 am Structure & System

“Macam-macam benda dah buat, masih tak dapat nak capai Desired State”

“MACAM-MACAM BENDA DAH BUAT, MASIH TAK DAPAT NAK CAPAI DESIRED STATE”

Ibu nak kongsikan satu cerita yang tak ada kena mengena antara yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Founder A ada satu desired state. Mahu capai 40% sales conversion rate.

Jadi berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh si founder untuk memastikan boleh capai 40% sales conversion rate.

Hantar staff pergi kelas menjual setiap bulan dengan bermacam-macam guru dari luar negara.

Buatkan guideline dan beri langkah-langkah cara untuk menjual dengan efektif.

Siap hantar staff pergi ke program menyucikan hati supaya boleh menjual dengan ikhlas untuk membantu pelanggan.

Tapi masih tak capai.

Dalam Business Sustainability Solution Organ 3, Ibu kongsikan satu template untuk menstrukturkan dan merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai desired state.

Kalau Ibu tengok kes ini, tiada usaha yang dilakukan dari segi role-modelling. Contohnya, founder tunjukkan cara menjual atau attitude seorang penjual yang hebat.

Jadi, siapa yang datang BSS Organ 3 hari ini memang sangat beruntung sebab Ibu akan tunjuk cara nak guna template ini dalam kelas.

#bss5
#ibuhanim
#annemsleadership

(Visited 14 times, 1 visits today)
Close