Sebenarnya memang sangat penting untuk kita pantau prestasi.
Memantau kerja atau proses bukan bermaksud kita perlu sentiasa duduk di tepi staff 24 jam untuk pastikan mereka buat kerja. Bukan…
Kita perlu ada sistem. Bila dah ada sistem, Kita perlu apply. Bila dah apply, pasti perlu ada hasilnya. Kita perlu pantau sistem itu untuk dapatkan hasil yang kita mahu.
Lima perkara proses pemantauan ini sangat penting :
1. Mengingatkan pasukan tentang tujuan sesuatu tugas atau proses itu dilakukan.
2. Menguatkan lagi kefahaman pekerja terhadap kepentingan tugasan mereka.
3. Meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja dan ketua atau bos.
4. Membantu perancangan masa depan yang lebih baik untuk syarikat.
5. Meningkatkan motivasi staf dan sebagai ganjaran atas prestasi mereka yang luar biasa.