Written by 11:36 am Harnessing High Performing Culture

Nak tahu 5 fasa pembinaan team?

Bila syarikat kita dapat sesuatu projek, atau pun kita yang nak buat projek tertentu dalam syarikat, biasanya kita akan tubuhkan pasukan yang terdiri daripada wakil
daripada setiap department tertentu, untuk handle projek tu.

Kadang-kadang, sebelum ini mereka tak biasa bekerja bersama. Jadi, kadang-kadang juga kita akan dengar macam-macam aduan daripada mereka. Orang ni tak ok, orang tu tak oklah, orang ni lembab, orang tu cepat sentap.

Sebagai leader, jangan menyebelahi sesiapa. Dengar saja. Ambil perhatian. Jangan terus ‘serang’, atau terus nak bubar kumpulan.

Fahamkan konsep “4 Stage in Group Develeopment Model” yang diperkenalkan oleh Bruce Tuckman pada tahun 1965. Kemudian, pada tahun 1977, beliau tambah satu lagi tahap menjadi “5 Stage”. Walaupun teori beliau dah lama, tetapi teori beliau masih kekal relevan sehingga sekarang.

Apa 5 tahap itu?

FORMING
Pada tahap ini, satu pasukan itu baru dibentuk. Mereka baru sahaja ditemukan. Jadi keterujaan untuk saling berkenalan dan mengenali cara satu sama lain masih tinggi.

STORMING
Pada tahap ini, projek sudah bermula. Mereka juga sudah mula bekerjasama dan mula menyesuaikan diri antara satu sama lain. Pada tahap ini juga, kelemahan dan kelebihan setiap orang akan mula kelihatan. Jadi, kita akan dengar banyak aduan daripada mereka tentang ahli pasukan mereka.

Leader kena bijak. Jangan terus buat kesimpulan, terus menghukum, terus menyalahkan atau terus nak bubarkan pasukan.

NORMING
Pada tahap ini, mereka sudah mula dapat membiasakan diri antara satu sama lain. Contohnya, mereka sudah tahu siapa yang memang perlu balik awal, dan siapa yang tak kisah balik lambat. Siapa yang tak banyak sumbang idea tapi cekap dalam buat kerja, dan siapa yang tak banyak buat kerja dalam pasukan tapi banyak dapatkan resource dari luar.

Mereka saling menyokong satu sama lain dan saling memahami. Kalau bos komplen kerja sesiapa pun, mereka akan sama-sama membela ahli itu dan membantunya membetulkan kesilapan.

PERFORMING
Pada tahap ini, mereka sudah mula perform. Graf keserasian mula meningkat, sekali gus graf prestasi kumpulan mula meningkat. Mereka sudah semakin cekap dan semakin bertambah ilmu. Mereka juga sudah lebih fokus untuk capai apa yang disasarkan daripada projek itu.

ADJOURNING
Pada tahap ini, projek sudah hampir siap. Selepas itu, pasukan itu juga akan dibubarkan selepas projek selesai sepenuhnya.

Jadi leader, jangan cepat melatah, ok?

(Visited 24 times, 1 visits today)
Close