Written by 5:11 am Harnessing High Performing Culture

Pemimpin perlu bersih hati, jangan hanya salahkan staff je

Ada sebab Allah dekatkan kita dengan staff yang mungkin mempunyai sikap yang buruk atau mempunyai prestasi kerja yang tidak memuaskan.

Mungkin Allah turunkan ujian kepada anda sebagai seorang pemimpin. Mungkin untuk kita memperbaiki diri dari segi dan sudut yang kita tak nampak. Mungkin hanya staff itu sahaja yang akan menjadi penyebab kepada penambahbaikan diri kita sebagai pemimpin.

Orang yang paling dekat dengan anda adalah orang yang akan menyumbang kepada kejayaan anda. Tanpa mengira sama ada dalam bentuk bantuan atau cabaran.

Jika ianya satu cabaran, maka anggaplah sebagai peluang anda untuk ‘membersihkan’ diri anda.

Anda akan menjadi magnet kepada orang seperti anda. Jadi, cara terbaik untuk hire orang baru adalah dengan ‘membersihkan’ diri anda dulu.

 

#ibuhanim
#annemsleadership

(Visited 4 times, 1 visits today)
Close