Written by 4:14 pm Turning Vision Into Reality

Quantifiable Indicator : Apa yang membuktikan anda berjaya merealisasikan visi anda? Betul ke visi kita boleh mencapai target?

Sebelum tu boleh Ibu tahu, siapa dekat sini yang dah jelas dengan visi misi syarikat mereka?

Visi misi yang jelas ini bukan sekadar kata-kata indah yang kita susun dalam satu ayat.

Kita tetapkan visi syarikat sebagai peneraju penyedia makanan tapi apa buktinya? Adakah syarikat kita sedang bergerak ke arah visi itu? Adakah kita berada di track yang betul?

Kena ada ‘bukti’ yang menunjukkan bahawa visi yang kita letak itu boleh dicapai dan misi kita itu bukan satu bohongan.

Macam pelajar yang ambil peperiksaan, kalau dia dapat markah 90% ke atas untuk setiap subjek, barulah membuktikan bahawa dia adalah pelajar terbaik antara pelajar-pelajar lain.

Sama juga kalau visi yang kita tetapkan adalah untuk menjadi peneraju dalam sesebuah industri. ‘Wajib’ ada indicator yang sesuai menjadikan kita sebagai peneraju dalam industri tersebut.

Setiap visi perlu ada quantifiable indicator dan ia mungkin berbeza berdasarkan visi syarikat masing-masing.

Ibu bagi satu contoh :
Syarikat A adalah sebuah syarikat makanan dan visi mereka adalah untuk menjadi penaraju dalam industri pemakanan traditional. Syarikat A perlu menetapkan apakah indicator yang sesuai untuk mereka mencapai visi mereka.

Contohnya :
1. Revenue
2. No of customer retention
3. No of branches

Kemudian kita tetapkan berapa jumlah yang kita perlu capai untuk merealisasikan visi pada 10 tahun akan datang dan cascade down mengikut tahun.

Lepas dah ada semua ni, barulah senang kita nak susun strategi untuk capai visi kita. Yang tinggal hanyalah usaha untuk capai target setiap tahun.

Staff pun semangat nak kerja sebab dah tau apa yang perlu mereka buat untuk capai visi yang syarikat tetapkan.

(Visited 13 times, 1 visits today)
Close