Written by 12:53 pm Blog Kategori

RACUN DAN PENAWAR V.U.C.A.

  • VUCA

 

VUCA adalah satu zaman perubahan dunia yang juga memerlukan pemimpin untuk mengubah “ teknik kepimpinan dan pengurusan” yang sesuai dengannya. Generasi Z dan generasi Y lahir dengan kebolehan untuk bermain dengan dunia baru ini berbanding dengan generasi masa lalu.

 

Apakah VUCA itu sebenarnya? Inilah racun-racun yang memerlukan penawar:

 

V – Volatility – perubahan dunia yang sangat pantas dan mengambil masa untuk kita menyesuaikan diri. Tidak ada satu amaran atau peringatan yang diuar-uarkan bahawa ianya akan berlaku. Contoh yang sangat ketara ialah bila Covid-19 mula merebak dari tahun 2019 dan seluruh warga dunia dikejutkan dengan kewajipan untuk memakai mask sejak tahun 2020.

 

U – Uncertainty – Masa depan yang sukar kita jangkakan, ianya bagaikan perubahan air pasang surut yang sukar diramal. Berlaku kepada syarikat-syarikat yang dulunya maju dan menjadi pioneer brand seperti NOKIA. Namun, evolusi teknologi telah merampas takhtanya.

 

C – Complexity – Keadaan yang agak rumit dan sukar difahami. Ianya akan menimbulkan kekeliruan sekiranya kita tidak mencari punca masalah itu. SOP dan workflow yang kurang jelas menjadi punca pekerja-pekerja kurang yakin pada syarikat.

 

A – Ambiguity – Perjalanan yang kabur dan penuh dengan cabaran-cabaran seperti jalan berbelit, selok-belok, dan kabus. Kekaburan itu menyebabkan ramai orang berhenti sebelum mencapai matlamat kerana ketakukan dalam dunia yang kabur. Adakah mereka akan sampai dengan selamat ataupun tidak.

 

 

 

Penawar-penawar bagi racun VUCA adalah:

 

V – Vision – Volatility kena ada vision. Sikap memandang ke hadapan untuk sentiasa bersedia dengan perubahan drastik dunia. Pemimpin kena sentiasa proaktif untuk mencari alternatif lain yang sesuai pada perubahan zaman. Contohnya, pengiklanan menggunakan sosial media lebih bersesuaian untuk generasi masa kini.

 

U – Understanding – uncertainty kena ada understanding. Pemimpin zaman sekarang perlu lebih banyak mendengar daripada bersuara. Mungkin pekerja-pekerja generasi Y dan Z lebih faham permainan dunia VUCA seperti penggunaan IT, media sosial dan gaya hidup yang moden.

 

C – Clarity – Complexity kena ada clarity. Apa yang patut pemimpin lakukan untuk memastikan pekerja-pekerja lebih jelas dan mudah faham dengan majikan? Arahan yang spesifik dan jelas perlu diberikan supaya pekerja tidak membuat andaian sendiri. “What, why, how, when, where and who” perlu dispesifikasikan dengan jelas.

 

A – Agility – Ambiguity kena ada agility iaitu ketahan minda untuk sentiasa bersiap sedia maju ke hadapan walaupun perjalanan agak kabur. Namun, kita kena mempersiapkan pemetaan jalan, risk calculation dan keyakinan untuk mengharungi kekaburan itu.

 

Tidak ada racun yang tiada penawar. Racun dunia VUCA ini memerlukan penawar yang perlu ada dalam seorang pemimpin agar boleh terus kekal maju.

(Visited 9 times, 1 visits today)
Close