Written by 11:49 am Uncategorized

Rahsia selalu nampak Ibu bertenaga

Ramai yang bertanya Ibu :

Apa supplement yang ibu ambil agar sentiasa bertenaga?

Apa yang ibu amalkan sebab sentiasa nampak sihat dan bertenaga?

Jawapannya :

Hanya ada satu perkara yang membuatkan Ibu sentiasa bertenaga menyampaikan ilmu dan pengalaman kepada usahawan-usahawan iaitu perjuangan.

Perjuangan Ibu yang hanya mahu melihat anak-anak bangsa berjaya dan kaya sehingga mereka mampu mengubah landskap ekonomi di Malaysia. Ketika itu tidak lagi anak-anak kecil perlu meminta sedekah semata-mata mahu membeli dan membaca Al-Quran. Tidak ada lagi anak-anak asnaf yang terpaksa mencari tempat kediaman lain setelah dihalau kerana tidak mampu membayar sewa. Setiap masjid yang didirikan menjadi inspirasi kepada semua orang kerana kemakmuran dan kebersihannya.

Kesihatan Ibu tidak seperti dulu. Ibu selalu sakit-sakit dan akhir-akhir ini Ibu selalu kurang sihat. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk Ibu terus berjuang. Ibu yakin kekuatan minda yang fokus kepada perjuangan akan dapat mengatasi segala cabaran yang mendatang.

Jangan biar diri menguasai minda, tapi kuasai lah diri dengan minda. Ibu sentiasa set perjuangan ibu tidak kira apa yang ibu lakukan. Bila Ibu jelas tentang perjuangan Ibu, segala kesakitan Ibu dapat Ibu lupakan.

Kuasai mindset anda dengan aura-aura positif.

Insya-Allah, segala-Nya dengan izin Allah.

(Visited 5 times, 1 visits today)
Close