Written by 3:40 pm Turning Vision Into Reality

Salah satu ciri-ciri vision statement adalah credible

Credible adalah sesuatu yang boleh dipercayai dan meyakinkan pihak-pihak berkepentingan kepada organisasi.

Visi bukan sekadar ayat yang penuh dengan kata-kata indah atau sekadar angan-angan sahaja. Ia mestilah memberi maksud dan makna yang boleh dipercayai atau meyakinkan pihak-pihak berkepentingan dalam organisasi.

Pada 25 May 2011, presiden Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy telah menyuarakan visi beliau untuk mendaratkan angkasawan Amerika di bulan dalam tempoh 10 tahun, dan kembalikan angkasawan tersebut dengan selamat.

Pada ketika itu, hanya segelintir ahli sains yang pernah menyatakan bahawa mendaratkan manusia di bulan bukanlah sesuatu yang mustahil, lebih-lebih lagi dalam tempoh sedekad itu. Masih banyak pengiraan dan maklumat-maklumat terperinci belum dibuat. Roket masih belum direkacipta, komputer masih belum mampu untuk menyempurnakan visi ini dan tiada siapa yang tahu cara untuk memastikan angkasawan berupaya untuk hidup di angkasa lepas.

Namun, visi John F Kennedy mampu meyakinkan ramai pihak sehinggakan perbualan dikalangan ahli sains. Ahli sains yang pernah menyatakan “ianya tidak mungkin boleh dilakukan” telah mengubah persepsi mereka kepada “ianya akan menjadi sukar tetapi dalam tempoh yang kita ada, bagaimana cara untuk kita merealisasikannya?”

Adakah visi organisasi anda hari ini mampu untuk mengubah kepercayaan ahli organisasi anda untuk berkerja kearah merealisasikan visi tersebut?

(Visited 9 times, 1 visits today)
Close