Written by 4:33 am Structure & System

Selesaikan semua masalah (Gaps) serentak kalau suka membazir duit dan tenaga

Katakanlah sekarang ada banyak gaps yang perlu diselesaikan dalam organisasi, yang mana perlu diselesaikan dahulu?

Setiap proses akan membentuk sebuah sistem dan gabungan antara sistem membentuk sebuah organisasi menunjukkan bahawa setiap proses itu sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Maka, gaps yang ada dalam organisasi sama ada besar atau kecil juga mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Tapi, gaps besar atau gaps kecil perlu diselesaikan dulu?

Jawapannya, bukan pada saiz gaps itu tetapi kepada tahap kritikalnya.

Walaupun gapnya kecil tetapi jika ia sangat kritikal dan tidak boleh dibiar berlarutan, maka ia adalah gaps yang perlu diselesaikan dahulu.

Apabila proses menyelesaikan gaps tersebut telah mencapai 70%, maka baru lah kita boleh mula fokus kepada gaps yang lain.

Kadang-kadang, bila kita selesaikan gaps kecil, gaps yang besar akan terkesan.

#ibuhanim
#annemsleadership

(Visited 12 times, 1 visits today)
Close