TEKNIK “COMPELLING CHANGE STORY”

 

Teknik yang digunakan untuk tujuan bertanyakan soalan kepada pekerja agar mereka peka dengan keadaan sekeliling yang berlaku dan apakah tindakan yang patut dibuat bersesuaian dengan keadaan tersebut.

Aspek-aspek yang penting dalam compelling change story ialah ACCA iaitu:

A – AWARENESS – memberi kesedaran kepada ahli organisasi mengenai isu semasa yang berlaku. Sebagai contoh, PKP pada musim covid.

C – COMPREHENSION – memberi pemahaman apakah kesannya kepada syarikat sekiranya semua ahli tidak melakukan apa-apa alternatif? Contohnya, covid akan menyebabkan sales menurun kerana kuasa membeli berkurangan akibat penolakan gaji.

C – COMMITMENT – apakah manfaat yang boleh diperolehi bersama sekiranya semua orang mengambil tindakan efektif dengan cepat? Contohnya, sekiranya kita bercadang untuk buat potongan harga atau bundle deals berdasarkan kata sepakat semua orang, kita boleh “sustain” perniagaan.

A – ACTION – apakah tindakan yang kita boleh lakukan dengan efisien bagi memastikan kita memperoleh manfaat bersama? Bagaimanakah cara untuk menyelamatkan syarikat kita daripada kerugian?

Teknik ini digunakan untuk mengeluarkan “BIG WHY” semua orang. Kenapa kita perlu mengambil sesuatu tindakan itu? Apakah kesan sekiranya kita tidak mengambil tindakan? Pasukan akan lebih peka dengan perubahan keadaan sekeliling dan mula faham mengapa mereka perlu melakukan sesuatu sebagai respons kepada kepadaan tersbeut.

(Visited 4 times, 1 visits today)
Close